Transisi

3:44 PM

Sedar tak sedar, dah masuk tahun ke 5 di Jepun, dan tahun ni merupakan tahun akhir insyaAllah berada di bumi yang banyak menyaksikan jatuh bangun seorang remaja belajar menjadi dewasa.

Alhamdulillah. 
Walaupun folder gambar kenangan selama 4 tahun di Jepun dah terhapus buat selama-lamanya, (disebabkan laptop lama perlu diformat ke factory setting tanpa aku sempat backup semua folder gambar2 tersebut)

Tsumma alhamdulillah.
Aku rasa lebih segar tahun ini berbanding tahun tahun yang lalu.
mungkin awan mendung sudah berarak hilang, cuma meninggalkan cebisan kelam untuk dikenang,
tapi masih lagi belum boleh berbicara besar, kerana timbunan banyaknya tanggungjawab yang lepas aku lalaikan perlu diselesaikan hari ini, barulah aku boleh bernafas semula.

Namun tanggungjawab, bila kan selesai? Ia cuma hanya bertambah seiring dengan masa dan berakhir di syurga..
Di sinilah kebijaksanaan kita menguruskan makhluk Allah bernama masa. :)

Pagi ini, genap sebulan setelah aku menginjak 23 tahun. Muncul kembali semangat ingin mencoretkan rutin harian dan dapatan aku pada satu fasa kehidupan. 
Sedang laju jari jemari mengetuk papan kekunci komputer riba ini,
minda OCD ku mengasak-asak, 

"alah takkan lama punya habit baru kau ni"
"esok-esok delete la post ni macam post yang lama"
"buat apa tulis kat blog kalau semua pun nak tulis kat fb"
"esok bangun matahari dah kat atas kepala, kau nak tulis apa"

Hmm, seronok rupanya bila kita tulis balik bisikan apa yang mengganggu fikiran,
dan kita lawan semula dengan tulisan yang memujuk diri.
selama ni pernah juga buat dengan bercakap balik pada diri sendiri.
tapi tulisan rupanya lebih mendamaikan.

oh ya, baru-baru ni discovered seorang penyanyi yang tak berapa terkenal - Ingrid Michaelson
guess what? first time dengar lagu dia terus download 4 albums sebab lirik lagu lagu dia banyak yang inspirational.

My fav song so far : https://www.youtube.com/watch?v=qK_RijnIri4


The storm is coming but I don't mind.
People are dying, I close my blinds.
All that I know is I'm breathing now.
I want to change the world, instead I sleep.
I want to believe in more than you and me.
But all that I know is I'm breathing.
All I can do is keep breathing.
All we can do is keep breathing
Now,
Now
Now
Now
All that I know is I'm breathing.
All I can do is keep breathing
All we can do is keep breathing

Yes hasni, although other people think that you are quitting. but surely you know you aren't. Breathing may seems easy to them, but only you know how hard it was to not let yourself from drowning and dying. Well hasni, now you're much stronger than before. You can cry, you can fall over many times, you can scream!
but you must keep breathing. :)

*My first attempt making apple cinnamon oatmeal this morning as a fresh start for a healthy breakfast., and it turned out quite tasty for a non-oatmeal lover like me. loving it and definitely will make it again.

Reitaku University Dormitory


7.43 am
Kashiwa City


You Might Also Like

1 comments