random

30-1-17

8:35 AM

sebulan,

satu babak dari setahun masa kehidupan.
tiada apa yang aku jalani
melainkan hari-hari bersarang dosa,
antara maksiat dan penyesalan

hari ini,
aku muncul lagi dengan azam baru,
entah terkotakan entah tidak.

tidak mengapalah,
biar kucoretkan disini dahulu
dengan harapan,
suatu masa nanti bila baca,
aku akan tersenyum puas
melihat satu janji pada diri yang tertunai

aku punya habit minum kopi
bagaikan sudah sebati dalam diri.
aromanya memukau,
rasanya menghilangkan resah.
aku tenggelam dalam cinta
cinta secawan kopi hangat

cuma cintaku kali ini teruji ;p
akhir akhir ini,
aku sering dilanda nyilu di dada.
jantung ku berdegup,
kencang daripada biasa.
mungkin kerana kopi
mungkin sudah tiba masa untuk berhenti
mungkin juga itu cuma hal biasa
tiada kaitan antara hidup dan mati. #ceh

ketagih kopi ini,
baru minun secawan pagi tadi.
bila tengah hari, petang, malam menjengah
melonjak-lonjak ingin sesisip lagi
dan aku seperti biasa,setiap kali.
tidak akan menang dengan nafsu
yang merengek bagaikan anak kecil
dan tersenyum bila kehendaknya ditunai, (scary)

dan mengapa aku merasakan
perlu dilakukan sesuatu tentang ini
kerana suatu yang aku perasan tentang diriku
yang tidak berupaya mengatakan
'jangan', 'tidak', 'berhenti',
pada diri.

mungkin aku terlalu memanjakan nafsu
oh ya, aku perasan juga sejak hidup seorang diri ini.
aku kurang berdisiplin dan sukar kota janji
sebab itu banyak kerja tertangguh
banyak tanggungjawab terabai
aduh, sakit kepala tiba-tiba
bila memikirkan dosa
yang bertimbun kerana ini

jadi berhentinya pengambilan kopi ini
atau sebarang minuman kafein seperti teh
adalah bukan semata mata tentang kesihatan
tapi juga simbolik kepada maksiat dan aib
yang tak mungkin aku khabarkan pada dunia
sepertinya juga aku beringat,
berjaga-jaga dalam mengkhabarkan kebaikan
supaya al-Qarni tetap menjadi bayangan.
manifestasi cinta pada ar-Rahman

insyaallah, hasni pasti boleh harungi ini :)

oh ya gambar ini juga
ingin aku kisahkan tentang komputer riba kesayangan
yang sering menjadi bahan usikan kawan
papan kunci itu memang terjongket begitu
sejak pertama kali menjadi milikku

benar,
siapa yang tidak inginkan
kesempurnaan pada setiap ciptaan?
lebih-lebih lagi jika ia dibayar dengan harga yang mahal.
tapi cuma untuk kes ini,
aku malas untuk memanjangkan cerita ketika jual beli
dek terhimpit dengan ketidakcukupan masa

biarlah,
kerana ia cuma satu cela
yang langsung tidak pernah menghalang
untuk aku menaip dengan sempurna
nah..alhamdulillah,
sudah masuk 4 tahun ia berkhidmat
dengan cuma sedikit ragam
tapi memandangkan ia sedikit usang dan berat.
bayangan macbook air kadang-kadang
melayang di pandangan.
aduhai, maafkan aku ya,
penemanku setia susah dan senang.

begitulah,
bila kita punya muka yang tidak seredup orang
Allah bukannya mahu kita tercela
tetapi Dia sayangi kita dengan ujian gelodak jiwa
dimana letaknya syukur dan sabar

begitulah juga,
bila nanti hati dimiliki orang.
jangan kerana sedikit celanya.
kita tidak mahu lagi bersamanya hingga tua.
tiada apa yang sempurna.
tapi yang perlu ada adalah jiwa yang menerima
terimalah cela itu, atau bersama dia mengubahnya
kerana jasanya pasti lebih besar dari itu
seperti cela papan kunci komputer ribaku
(lupakan kiasan part macbook air dalam hal ni lol)

sekian.

Kashiwa. 1.36 am